Monday 25 September 2017

PENGALAMAN SEDIH PERTAMA


Assalamualaikum, you guys.. Lama ai tak update kan?
Well, busy sikit. Heheh

Back to the topic :

6/8/17 ai disahkan hamil untuk second baby 😘 Im so happy!
Orang kata permulaan pregnant memang kene jaga betul2 kan?
Tapi al maklum la. Ai ade anak sorang 11months so, struggle sikit
nak jaga beliau si lasak πŸ‘ΆπŸ˜….
Tapi takpe, sebab ai ade super husband! Balik kerja terus zup zap buat
keje rumah pulak ❤️ Love you more!!

Here is my baby boy and my husband



When he was 2 months, sleeping with his Dad 



Now, he is 12 months. (waktu ai tau pregnant kali kedua, mamat ni baru 11 bulan)


Okay, sambung citer.......

15/8/17 Ai travel balik Perak sebab Opah sakit tenat waktu tu.. ..with my son only.
Btw, ade la adik teman tapi ai jugak la yg drive 😁

19/8/17 Start bleeding setompok. Risau, sebab waktu pregnant anak sulung tak pernah
jadi macam ni.. Pastu pegi scan, doktor cakap baby okay tapi ada "ugutan" jadi perlu
jaga betul2. Need enough rest, no hardwork, no travelling.

Then, bleeding pun setiap hari ada walaupun setompok
sehari... Tetap mendebarkan..Tapi, Raya Haji kene balik Melaka.
Sebelum balik Melaka memang rehat je so, no bleeding dah.
Hilang perasaan risau, dah rasa back to normal. Jadi, nak Raya Haji
tu husband mai Perak bawak kami beraya ke Melaka (mak mertua).

Means travelling Nilai-Perak-Melaka gittewww 😝😝

Lepas je travel Perak-Melaka tu...... Bleeding bertambah teruk, sampai kene pakai
pad. Hari2 takut. Tiap malam berdebar, sedih, menangis. Tak tahu nak cakap macam
mana perasaan tu..

3/9/17 Bleeding makin menjadi2, basah pad. So, ai dan husband decide nak pegi klinik. Waktu ni kami kt Melaka lagi. Sampai klinik kami scan. Doktor bgtau saiz baby kecil dari kiraan Last Period. Sepatut 9weeks tapi scan saiz kandungan baru 5weeks. Sedihnya, doktor bgtau. Bila kandungan 8weeks dah boleh dengar degupan jantung, tapi takde... Daging pun tak nampak lagi.. πŸ˜”πŸ˜”
Then doktor cakap after 2 weeks datang scan lagi nak tengok keadaan kandungan. Kami cakap okay la kan.. Nanti kami dtg.



Ni ai tunjuk gambar last ai dapat tengok kandungan kedua dalam rahim ai... Lepas tu dah takde.... Kenangan untuk ai and husband... 




4/9/17 Petang tu bleeding tetap banyak dan sampai rasa sakit pinggang macam period pain tu. 
Sampai malam pun tetap tak hilang sakit tu.... Dan dekat 12.00 malam sakit bertambah teruk.
Sakit bahagian ari-ari dan pinggang. Teramat sakit. Ya Allah! Sampai tak boleh nak tido.
Waktu tu memang tawakal sangat. Memang takde rezeki untuk baby kedua ni. 
Sedih, pilu, takut dan menangis.......
Husband tido dengan Baby. Malas nak kacau....
Hingga....... terasa darah deras keluar dengan banyak sekali.
Sambil tu jari ligat search entry berkenaan GUGUR. 
Kali ni aku PASRAH..... terus kejutkan husband... 
Mintak teman pegi bilik air... Masing-masing diam.... 

5/9/17 Kesakitan tetap terasa sampai pagi. Tak hilang, mungkin masih ada lagi tertinggal dalam rahim. Harini kami balik ke Nilai, sampai Nilai terus pegi Klinik scan. Doktor pun cakap memang takde dah... Cuma ade pecahan gumpalan darah je... 2 minggu akan datang perlu scan lagi..
Untuk pastikan takde dah tertinggal di dalam, kalau masih ada....
Perlu buat D&C. Dengar tu, Ya Allah... takutnyaa...


Lepas balik dari klinik terus Whatsapp tukang urut, tanya pasal urut untuk gugur. Alhamdulillah, akak tu cakap boleh, In shaa Allah.... 3 hari berturut pergi berurut dan ada ambil jamu sekali. Alhamdulillah keluar ketulan daging lepas 2 hari berurut tu... Tapi sakit dan sengal pinggang /ari ari berlarutan hampir seminggu... Bertahan je.. Urusan rumah dan anak semua Husband buat. Thank you Hubby! Dugaan untuk kita. Sama sama perlu berkorban. Sedih rasanya menaip entry kali ni. SEBAK!! 

Okay la, itu sahaja perkongsian untuk kali ni.. Btw, gugur ni ai rasa sama je sakit macam nak bersalin dan perlu berpantang macam orang bersalin. So......memang tak best dan sangat menyedihkan kalau berlaku keguguran... Untuk korang yang baru pregnant.....

PLEASE PLEASE PLEASE take care terutama kandungan yg masih baru... Okay mommy! 





Tuesday 1 August 2017

ThrowBack







Assalamualaikum Pembaca! Eh, ada ke? Hahaha... Perasan japppp 
Btw, terjumpa gambar waktu Majlis Resepsi dulu.
Wah, tiba2 pandai pasang butang En Suami kan. 
Macam suweett la sangat.. So sawit la we all! 
Hahahahaah.

You all pulak rasa macam mana?? 
Cer komen sikit.. Ngee 







Wednesday 26 July 2017

MENULIS SEMULA

Assalamualikum 😊

Wah, dah hampir 2 tahun ai stop menulis di blog kan? Haha. Malas? Busy? Tak ada mood? Entah la. Hahaha. Btw, harini tiba2 rasa nak mula menulis balik. Boleh ke boleh? 

Topic? Ermmmm~ maybe more to share about my son Muhammad Rayyan a.k.a. MatRayyan 😘Ai harap you all tak bosan la nanti. 😜