Thursday, 17 November 2011

- Lelaki -

Lelaki mana yang datang kepada si wanita untuk tujuan bercinta kerana kecantikan dan bukannya untuk berkahwin, maka lelaki itu adalah fasiq. Berbeza jika lelaki itu berniat untuk melamarnya dan meminta izin dengan keluarga wanita tersebut, maka lelaki itu jauh lebih baik, beragama dan bermaruah

Thursday, 3 November 2011

| Perempuan Lawa Vs Tak Lawa |

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap : wow! ciri² isteri idaman
Kalau perempuan xlawa pendiam
Lelaki akan cakap : eh, xreti berkomunikasi betul..

Kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata : Mesti ada krisis dalaman ni..kesian
Kalau perempuan xlawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap : dah la xlawa, perangai pulak huduh..

Kalau perempuan lawa menolong lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap : heroin sejati!.
Kalau perempuan xlawa menolong lelaki yg diganggu
Lelaki akan kata : taktik nak ngorat la tu

Kalau perempuan lawa dapat lelaki hensem
Lelaki akan kata : ok la tu 
Kalau perempuan xlawa dpt lelaki hensem 
Lelaki akan kata : kesian, mesti kne bomoh lelaki tu

Kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap : entah Dato' mana bela nih
Kalau perempuan xlawa bawa BMW 
Lelaki akan cakap : mesti anak org kaya nih

Kalau perempuan lawa tamau bergambar 
Lelaki akan cakap : Mesti takot kalau² gambarnya 
tersebar 
Kalau perempuan xlawa tamau bergambar 
Lelaki akan kata : sedar pun diri

Kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata : 'caring' sungguh 
Kalau perempuan xlawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata : nak tunjuk 'caring' la tuh

Kalau perempuan lawa bersedih hati 
Lelaki akan kata : 'dont worry.. i will make u happy
forever'
Kalau perempuan xlawa berseih hati 
Lelaki akan kata : sikit² nak nangis! mengada²

Kalau perempuan lawa main miss call 
Lelaki akan kata : xpe
Kalau perempuan xlawa main miss call
Lelaki akan kata : ko ni xde keje laen ke?sebok 
ni tau..

Kalau perempuan lawa hantar² email
Lelaki akan kata : sukanyaaa
Kalau perempuan xlawa hantar² email
Lelaki akan kata : Balik² email dia.. Boring!